ganoderma-mushroom-lingzhi-reishi

Keistimewaan Ganoderma dan Excellium

Apa itu Ganoderma ?

Ganoderma adalah produk makanan kesihatan keluaran Gano Excel yang dihasilkan daripada kombinasi 6 spesis Ganoderma lucidum berteraputik tinggi yang ditanam menggunakan kaedah tisu kultur dan 100% organik di Ladang Organik Ganoderma terbesar di dunia yang dimiliki oleh Gano Excel. Menggunakan medium penanaman yang mempunyai zat pemakanan yang tinggi dan organik seperti sekam padi, tepung beras perang, kacang soyadan serbuk kayu getah dengan kaedah gantungan serta kelembapan suhu dan pendedahan cahaya matahari yang terkawal agar dapat menghasilkan Ganoderma lucidum berteraputik tinggi.

Tiada sebarang bahan kimia, racun serangga atau bahan hormon digunakan. Ganoderma lucidum merupakan herba yang digunakan secara tradisional dalam perubatan Tionghua seawal pemerintahan Maharaja China yang pertama iaitu Maharaja Qin Shi Huang lebih 5,000 tahun yang lalu. Dalam teks perubatan herba purba cina ‘Shen Nong’s Herbal Classic’ mengklasifikasikan Ganoderma lucidum sebagai Herba Tonik (Gred 1) iaitu ‘Superior Herb’ kerana ia mempunyai unsur ‘Adaptogen’ yang tidak bertoksik dan bebas
daripada kesan sampingan, tidak spesifik dan bertindak secara menyeluruh dalam memperbaiki kesihatan tubuh badan.

Pengambilan secara berterusan dapat membantu tubuh mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Ganoderma

Apa itu Excellium ?

Excellium adalah produk makanan kesihatan keluaran Gano Excel. Ia dihasilkan daripada Miselia Ganoderma lucidum yang berupa seakan benang halus daripada bahagian akar Ganoderma lucidum dan memakan masa 21 hari untuk matang melalui kaedah penanaman tisu kultur yang unik dibawah kawalan dan penjagaan rapi bagi memastikan penghasilan Excellium berteraputik tinggi.

Adakah Excellium dihasilkan daripada kacang soya ?

Tidak. Excellium hanya dihasilkan daripada Miselia Ganoderma lucidum sahaja.

excellium

Apakah manfaat kesihatan Ganoderma ?

Manfaat kesihatan Ganoderma adalah seperti berikut :-

  • Mengaktifkan dan membetulkan semula sistem imun tubuh badan.
  • Membantu detoksifikasi toksin larut air dan tidak larut air dalam tubuh dengan cekap dan
    berkesan melalui sistem perkumuhan.
  • Bersifat anti-kanser, anti-oksidan, anti-bakteria, anti virus, anti fungal, anti tumor, anti
    radang dan anti alergi.
  • Membantu meningkatkan metabolisme badan.
  • Membantu melancarkan peredaran darah dengan memperbaiki sistem kardiovaskular.
  • Membantu menurunkan paras kolesterol darah.
  • Menyeimbangkan paras tekanan darah dan pH darah.
  • Membantu menyeimbangkan paras gula dalam darah.
  • Membantu meningkatkan tenaga badan.
  • Membantu menguatkan sistem penghadaman.
  • Berfungsi sebagai agen pelindung hati.

Apakah perbezaan Ganoderma yang dihasilkan Gano Excel dengan syarikat lain ?

Terdapat beberapa perbezaan penghasilan Ganoderma oleh Gano Excel dengan syarikat yang lain antaranya :-

  • Kaedah penanaman : Ganoderma lucidum yang ditanam oleh Gano Excel menggunakan kaedah tisu kultur dengan menggunakan medium penanaman yang mempunyai zat pemakanan yang tinggi dan organik seperti sekam padi, tepung beras perang, kacang soya dan serbuk kayu getah. Penanamannya di Ladang Organik Ganoderma terbesar di dunia yang dikelilingi persekitaran semulajadi yang menghijau dan bersih dengan menggunakan teknik gantungan polybeg, kawalan kelembapan suhu dan pendedahan cahaya matahari yang terkawal amat penting dalam menghasilkan Ganoderma lucidum berteraputik tinggi.
  • Tempoh masa penuaian : Ganoderma lucidum yang ditanam oleh Gano Excel hanya memerlukan masa selama 90 hari untuk matang dan dituai. Tempoh masa penuaian yang betul juga penting bagi memastikan spora Ganoderma lucidum mencapai tahap matang dan tidak berkurangan akibat proses pembiakannya secara semulajadi setelah matang.
  • Kaedah pengekstrakan : Ganoderma yang dihasilkan Gano Excel lebih banyak ekstrak Ganoderma lucidum dan lebih larut air berbanding yang lain kerana teknologi pengekstrakan yang digunakan. Semakin tinggi kadar larut air, semakin banyak komponen aktif Ganoderma lucidum dapat diserap masuk ke dalam tubuh untuk mempercepatkan proses tindakbalas positif Ganoderma terhadap tubuh badan.

Apakah manfaat kesihatan Excellium ?

Manfaat kesihatan Excellium adalah seperti berikut :-

  • Membantu membekalkan oksigen yang tinggi ke dalam badan dan sistem saraf terutama
    otak.
  • Membantu perkembangan fungsi otak dan kecerdasan minda.
  • Membantu mengaktifkan dan membetulkan semula sistem imun tubuh.
  • Bertindak sebagai agen anti tumor untuk mencegah ketumbuhan.
  • Membantu membersihkan keracunan larutan air dalam badan.
  • Membekalkan zat galian bagi keperluan sistem badan.
  • Membantu menyeimbangkan paras gula dalam darah.
  • Membantu meningkatkan metabolisme badan.
  • Membantu membekalkan tenaga dan menghilangkan kelesuan.
  • Membantu meningkatkan kecantikan dan kesihatan kulit.

Bagaimana Ganoderma dan Excellium bertindak ?

Selepas pengambilan Ganoderma dan Excellium, tindakbalas di antara kandungan aktif Ganoderma dan Excellium terhadap tubuh badan akan berlaku.

Tindakbalas ini boleh diringkaskan dalam 5 peringkat seperti yang ditunjukkan di bawah :-

  1. MENGESAN : Kandungan aktif Ganoderma dan Excellium mula membantu untuk mengatur fungsi badan. Pada peringkat ini, badan akan merasakan tindakbalas Ganoderma dan Excellium semasa ia mengenalpasti toksin dan penyakit dalam tubuh
    badan.
  2. MEMBERSIH dan MENYAHTOKSIN : Pada peringkat ini, Ganoderma dan Excellium bertindakbalas untuk menyingkir asid urik, asid laktik, kolesterol, lemak berlebihan, sel tisu mati dan toksin yang terkumpul di dalam badan. Toksin-toksin ini kemudiannya
    disingkir melalui sistem perkumuhan seperti air kencing, najis, peluh, bisul, ruam atau kahak. Ini merupakan tanda-tanda proses membersih dan menyahtoksin sedang berlaku ke atas tubuh badan.
  3. MENYEIMBANG : Pada peringkat ini, kandungan aktif Ganoderma dan Excellium akan bertindakbalas memulihkan badan dan proses ini boleh diperhatikan dengan jelas.
  4. MEMBAIKPULIH : Ganoderma dan Excellium terus bertindak untuk mengaktifkan dan membetulkan semula sistem imun dan membaik pulih anggota tubuh dan sistem yang terjejas. Pada peringkat ini, ia juga membekalkan mineral dan vitamin untuk mempercepatkan kadar penyembuhan.
  5. AWET MUDA : Matlamat jangka panjang pengambilan Ganoderma dan Excellium ialah mengekalkan fungsi badan dan tahap kesihatan ke paras yang optimum dan membantu mengekalkan keremajaan tubuh.
ganoderma-lucidum

Artikel ini di kongsi oleh Infinit90 Affiliate  .

Shop Ganoderma (klik image) 

online-store-infinit90

Daftar Infinit90 (klik image)

infinit90

Info Lanjut WhatsApp Affiliate (klik image WhatsApp)

whatsapp-now