lelaki-berlatih-di-gym

Manfaat Sakanno Tongkat Ali

Apa itu Sakanno Tongkat Ali Kapsul dari Gano Excel?

Sakanno dihasilkan daripada kombinasi unggul herba Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia) dan Ganoderma lucidum. Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia) adalah dari keluarga ‘Simaroubaceae’. Ia begitu popular digunakan secara tradisional dan ia dikaitkan sebagai agen ‘aphrodisiac’, membantu mengatasi masalah lemah tenaga batin dan mati pucuk serta untuk menggalakkan peredaran darah, meningkatkan kesihatan dan tenaga badan.

Kajian kimia mendapati kewujudan sebatian aktif phytokimia seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol qussinoids yang banyak di dalam akar Tongkat Ali dan telah dikenalpasti berkeupayaan untuk meningkatkan penghasilan hormon Testosterone Androgenic yang diperlukan dalam fungsi dan kesuburan kelelakian.

tongkat-ali-sakanno

Adakah Sakanno dihasilkan daripada Tongkat Ali Kuning, Hitam atau Merah ?

Tongkat Ali mempunyai 3 jenis yang dibezakan pada akarnya iaitu Tongkat Ali Kuning (Eurycoma Longifolia), Tongkat Ali Hitam (Polyalthia Bullata) dan Tongkat Ali Merah (Stema Tuberosa).

Sakanno dihasilkan daripada Tongkat Ali Kuning (Eurycoma Longifolia) dan Ganoderma lucidum.

Apakah manfaat kesihatan Sakanno Tongkat Ali ?

  • Membantu menguatkan sistem imunisasi dan pemulihan badan. ~ anti kanser, anti virus, anti malaria, anti demam dan anti alergi (histamin).
  • Mempunyai kadar dan enzim anti oksidan iaitu SOD (Superoxide Dismutase) yang tinggi untuk merencatkan aktiviti radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
  • Membantu meningkatkan penghasilan hormon Testosterone Androgenic untuk fungsi dan kesuburan lelaki.
  • Membantu melancarkan peredaran darah.
  • Bertindak sebagai anti hipertensi (tekanan darah tinggi).
  • Membantu melegakan ketegangan urat saraf.
  • Membantu menambahkan tenaga, stamina serta melegakan keletihan dan kepenatan.
  • Membantu menggalakkan ‘aphrodisiac’.

Apakah cadangan pengambilan Sakanno yang terbaik ?

Berikut adalah beberapa saranan dan cadangan pengambilan Sakanno yang terbaik :

  1. Jumlah minimum pengambilan Sakanno adalah 2 kapsul untuk 2 kali sehari.
  2. Pengambilan Sakanno sekurang-kurangnya 1 jam sebelum makan hidangan utama adalah disarankan. Dinasihatkan kepada pesakit gastrik untuk mengambil makanan terlebih dahulu.
  3. Perlu minum air kosong dengan banyak (tidak kurang 3 liter sehari) untuk melancarkan dan mempercepatkan tindakbalas positif Sakanno dalam badan.

Adakah perempuan / wanita boleh mengambil Sakanno ?

  •  Ya. Perempuan / wanita juga boleh mengambilnya kerana manfaat kesihatan Sakanno yang pelbagai walaupun Sakanno memberi kelebihan khasiat kepada lelaki dari sudut Sistem Kesuburan.
  • Perempuan / wanita yang sedang haid dan mengandung tidak sesuai mengambil Sakanno.
  • Wanita yang sedang dalam tempoh pantang bersalin dan menyusukan bayi boleh mengambil Sakanno tetapi tidak digalakkan jika memberi kesan kepada ibu atau bayi.

Siapakah golongan yang tidak sesuai mengambil Sakanno ?

  • Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.
  • Wanita sedang haid dan mengandung.

Artikel ini di kongsi oleh Infinit90 Affiliate  .

Shop Ganoderma (klik image)

online-store-infinit90

Daftar Infinit90 (klik image)

infinit90

Info Lanjut WhatsApp Affiliate (klik image WhatsApp)

whatsapp-now